Tanda dan gejala
Tanda dan gejala

Tanda dan gejala

Tanda dan gejala ialah tanda yang diperhatikan atau boleh dikesan, dan pengalaman gejala penyakit, kecederaan atau keadaan. Gejala juga dikenali sebagai simptom (daripada bahasa Yunani σύμπτωμα, "kecelakaan, malang, yang menimpa",[1] daripada συμπίπτω, "kumenimpa", daripada συν- "bersama, dengan" dan πίπτω, "kujatuh") iaitu penyimpangan daripada fungsi atau perasaan biasa yang disedari oleh pesakit, mencerminkan kehairanan suatu keadaan yang luar biasa atau suatu penyakit. Gejala adalah pengalaman subjektif seseorang yang dilaporkan,[2] ia diperhati oleh pesakit,[3] dan tidak boleh diukur terus,[4] manakala tanda-tanda adalah objektif dan dapat diperhati secara luaran.[5] Sebagai contoh, parestesia ialah gejala (hanya orang yang mengalaminya dapat memerhati terus rasa sesemut mereka), manakala eritema ialah tanda (sesiapa dapat mengesahkan yang kulit berwarna lebih merah daripada biasa). Gejala dan tanda selalunya tidak khusus, tetapi gabungan kedua-duanya selalunya sekurang-kurangnya menandakan diagnosis tertentu, bantu mengecilkan sesuatu yang mungkin salah.Dalam kes-kes yang lain,gejala-gejala ini khusus malah sampai ke tahap menjadi patognomonik.Istilah ini kadangkala juga digunakan pada keadaan fisiologi di luar konteks penyakit, sebagai contoh apabila merujuk "gejala kehamilan". Ramai orang menggunakan istilah tanda dengan gejala secara bertukar ganti.[6]

Rujukan

WikiPedia: Tanda dan gejala https://books.google.com/books?id=SihnDAAAQBAJ&pg=... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.uwo.ca/pathol/glossary.html#S https://web.archive.org/web/20080112015448/http://... http://www.emedicine.com/asp/dictionary.asp?keywor... https://web.archive.org/web/20171206135909/https:/... https://www.medicalnewstoday.com/articles/161858.p... https://doi.org/10.1097%2F00004836-199210000-00003 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/1479160 https://books.google.com/books?id=ubG51n2NgfwC&pg=...